Profil

  • Latar Belakang

    Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKP), termasuk di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan ditubuhkan secara rasminya pada 2 Oktober 2002 (Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, 1 Oktober 2002).  UKKP dipertanggungjawabkan dalam pengurusan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di USM secara pusat selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.  Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, UKKP berperanan berikut;

    1. Menjadi Setiausaha/Sekretariat kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti, Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Universiti, dan Jawatankuasa Biokeselamatan Universiti.
    2. Menjalankan audit/pemeriksaan dan pemonitoran KKP di tempat kerja.
    3. Menerima, meneliti dan menyiasat aduan-aduan KKP yang dibuat oleh staf/pelajar dan masyarakat kampus.
    4. Menjalankan penyiasatan keatas setiap kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan/penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran dan seumpamanya yang berlaku di tempat kerja/kampus.
    5. Mengurus dan menyelaras pelupusan sisa kimia berjadual yang dihasilkan oleh PTJ dengan syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar.
    6. Mengurus dan menyelaras khidmat perlindungan sinaran (Bukan Perubatan) kepada PTJ, termasuk perlesenan punca sinaran dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
    7. Menyelaras dan mengatur pengawasan perubatan/kesihatan pekerjaan keatas staf/pelajar yang berkaitan.
    8. Mengurus dan menyelaras pendaftaran/pemberitahuan penggunaan `Living Modified Organisms’ (LMO)/ `Genetically Modified Organisms’ (GMO) di USM dengan Jawatankuasa Biokeselamatan /Jabatan Biokeselamatan Kebangsaan.
    9. Mengurus Stor Pusat Kimia Universiti untuk bekalan bahan kimia kepada PTJ.
    10. Merancang dan menyelaras program-program latihan KKP untuk staf dan pelajar USM yang berkaitan.
    11. Mengurus dan menyelaras pembaharuan sijil kelayakan penggunaan autoklaf dan kompressor PTJ dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).
    12. Merancang dan mengurus kerja-kerja penaksiran risiko kimia kepada kesihatan dan pengujian kebuk wasap oleh orang yang kompeten untuk makmal-makmal PTJ terpilih.
    13. Menyediakan maklumat, panduan dan rujukan KKP untuk masyarakat kampus dan agensi luar.
  • Visi dan Misi

  • Fungsi dan Peranan

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin