Pertukaran Ketua Unit UKKP Kampus Kejuruteraan, Encik Faris Abdullah

IMG 7907

Bermula tahun baru 2016, UKKP Kampus Kejuruteraan telah kehilangan Ketua Unit yang telah sekian lama bersama UKKP Kampus Kejuruteraan

Encik Faris Abdullah secara rasminya telah bertukar ke Institut Perubatan & Pergigian Termaju, Kepala Batas bermula tahun baru 2016. Beliau yang telah berkhidmat bersama UKKP Kampus Kejuruteraan semenjak tahun 2004 kini akan menerajui UKKP IPPT selaku Ketua Unit yang baru ditubuhkan di sana.

Encik Faris Abdullah sempat mempengerusikan mesyurat terakhir beliau di dalam Jawatankuasa Pengurusan UKKP Kampus Kejuruteraan dan juga menjadi Setiausaha buat kali terakhir di dalam Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kampus Kejuruteraan. 

IMG 7914

Pihak jawatankuasa dan warga staf UKKP Kampus Kejuruteraan mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan sepanjang beliau menerajui UKKP Kampus Kejuruteraan dan mendoakan agar beliau beroleh kejayaan yang lebih baik di suasana tempat kerja yang baru.

Jawatan beliau kini telah diambil alih oleh Encik Asif Abdul Rahim, Pegawai Sains yang telah dilantik bermula Ogos 2015. 

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP