E- Buletin Kampus Kesihatan

USM DIPILIH SEBAGAI SEKTRETARIAT TETAP MBKKP IPT/IPP

 mbb1 1

USM KUBANG KERIAN, 24 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai sekretariat tetap Majlis Bersama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MBKKP) bagi tempoh lima tahun bermula 2017 yang mana sebelum ini telah diwakili oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ini disahkan melalui Mesyuarat MBKKP Institusi Pengajian Tinggi/Institusi Penyelidikan Dan Pembangunan( MBKKP- IPT/IPP) kali ke 28 yang diadakan di Dewan Persidangan Kampus Kesihatan, di sini semalam.

Berucap ketika merasmikan mesyuarat tersebut, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, matlamat penubuhan MBBKP adalah untuk menggalakkan pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk semua peringkat di IPT dan IPP bagi mempertingkatkan produktiviti dan kualiti melalui penambahbaikan tahap keselamatan dan kesihatan yang memenuhi keperluan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan.

”USM sememangnya amat prihatin tentang aspek-aspek KKP di tempat kerja yang mana pengurusan KKP di USM telah bermula sebelum pewartaan Akta KKP 1994 bagi melindungi staf makmal dan bengkel daripada risiko bahaya dengan tertubuhnya Jawatankuasa Keselamatan Makmal dan Bengkel pada tahun 1982.

“Bagi menyokong usaha-usaha universiti amnya dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (JKKPU) khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap  KKP, USM secara rasminya telah menubuhkan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKP) pada 2 Oktober 2002 termasuk di Kampus Kesihatan dan Kejuruteraan,” katanya.

mbb1 2

Tambah Sukari, antara fungsi UKKP ialah bertindak sebagai setiausaha atau sekretariat kepada JKKPU, Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Universiti dan Jawatankuasa Biokeselamatan, selain turut menjalankan audit dan pemeriksaan KKP di tempat kerja.

“Selain itu, UKKP juga bertanggungjawab menyiasat  aduan-aduan KKP, kemalangan di tempat kerja serta mengendalikan perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di USM,” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli Lembaga Gabenor Universiti merangkap Pengerusi Mesyuarat MBKKP kali ke-28, Datuk Dr Omar Shawkataly, Mantan Sekretariat Tetap Pertama MBKKP, Profesor Dr. Amran Ab. Majid, Mantan Sekretariat Tetap Kedua MBKKP, Profesor Dr Maketab Mohamed dan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKPU) merangkap Sekretariat Tetap MBKKP yang baharu, Mohammad Zaip Ahmad.

Teks : Mohd Hairol Rasli / Foto : Mohd Hafiz Yaacob

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP