PROFIL

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKPU), termasuk di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan ditubuhkan secara rasminya pada 2 Oktober 2002 (Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, 1 Oktober 2002). Ianya dipertanggungjawabkan dalam pengurusan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di USM selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, UKKPU berperanan berikut;

  1. Menjadi Setiausaha/Sekretariat kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti, Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Universiti, Jawatankuasa Biokeselamatan Universiti dan Jawatankuasa CCTV Universiti.
  2. Menjalankan audit/pemeriksaan dan pemonitoran KKP di tempat kerja.
  3. Menerima, meneliti dan menyiasat aduan-aduan KKP yang dibuat oleh staf/pelajar dan masyarakat kampus.
  4. Menjalankan penyiasatan keatas setiap kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan/penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran dan seumpamanya yang berlaku di tempat kerja/kampus.
  5. Mengurus dan menyelaras pelupusan sisa kimia berjadual yang dihasilkan oleh PTJ dengan syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar.
  6. Mengurus dan menyelaras khidmat perlindungan sinaran kepada PTJ, termasuk perlesenan punca sinaran dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
  7. Menyelaras dan mengatur pengawasan perubatan/kesihatan pekerjaan keatas staf/pelajar yang berkaitan.
  8. Mengurus dan menyelaras pendaftaran/pemberitahuan penggunaan `Living Modified Organisms’ (LMO)/ `Genetically Modified Organisms’ (GMO) di USM dengan Jawatankuasa Biokeselamatan /Jabatan Biokeselamatan Negara.
  9. Mengurus Stor Pusat Kimia Universiti untuk bekalan bahan kimia kepada PTJ.
  10. Merancang dan menyelaras program-program latihan KKP untuk staf dan pelajar USM yang berkaitan.
  11. Menyediakan maklumat, panduan dan rujukan KKP untuk masyarakat kampus dan agensi luar.

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP