Bomba KLIA Selamatkan Dua Pekerja Terkandas Di Atas Forklift

PUTRAJAYA: Dua pekerja penyelenggara bangunan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas tersangkut di atas forklift semasa membuat kerja-kerja pembaikan dan pembersihan lampu di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang.

 

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, kedua-dua mangsa didapati terkandas di atas kenderaan tersebut pada ketinggian kira-kira 50 meter akibat kegagalan enjin forklift untuk menurunkan mangsa. 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 petang itu membabitkan seorang warga tempatan Muhamad Farid Lamat, 32, dan seoarang warganegara Indonesia Waryana Samid. 

"Pihak bomba dengan anggota seramai 11 orang telah menggunakan tali untuk menyelamat dan menurunkan kedua-dua mangsa ke bawah," katanya kepada media di sini, Ahad. 

Sumber : mStar online

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP