Merkuri Tumpah, 56 Pelajar SMK Guar Perahu Dikuarantin

BUKIT MERTAJAM: Seramai 56 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, di sini terpaksa dikuarantin selepas berlaku tumpahan cecair merkuri di dua bilik darjah di bangunan sekolah itu, Khamis.

Enam daripada pelajar itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut selepas Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua pelajar yang dikuarantin sehingga pukul 2.30 petang itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang M.Vijayan berkata tumpahan itu dikatakan berlaku petang semalam dan hanya disedari pagi ini.

"Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.12 pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

 

Beliau berkata kerja pembersihan oleh 22 pegawai dan anggota bomba bersama empat jentera termasuk Hazmat di dua kelas itu selesai kira-kira pukul 2 petang tadi.

Sumber : MStar Online

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP