Kes kemalangan di tempat kerja berkurangan

PUTRAJAYA: Penurunan kes kemalangan di tempat kerja kebelakangan ini tidak wajar menjadi alasan majikan mengabaikan tanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerjaan (JKKP). Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata melalui penubuhan JKKP, majikan dapat berbincang dengan wakil pekerja dalam meningkatkan ilmu berkaitan keselamatan pekerja. Katanya, sistem teknologi yang diperkenalkan dan diurus dengan teratur dalam bidang pekerjaan masa kini dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja secara ketara. "Majikan perlu berbincang dengan pekerja dan menyelaras pelan bagi menyediakan suasana yang kondusif melalui penekanan terhadap persekitaran tempat kerja yang selamat lagi sihat untuk pekerja," katanya pada sidang media sempena Persidangan dan Pameran Keselamatan serta Kesihatan Pekerjaan (COSH 2016) Ke-19, di sini, hari ini. Persidangan tiga hari bertemakan 'Merapatkan Jurang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Melalui Budaya Pencegahan' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihadiri 1,500 peserta membabitkan ahli akademik serta pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) mewakili sektor kerajaan selain swasta. Lam Thye berkata, kadar kemalangan berulang-alik ke tempat kerja membabitkan penunggang motosikal pula semakin meningkat, berpunca daripada sikap penunggang motosikal itu sendiri yang berubah selepas waktu bekerja. "Mereka sepatutnya membudayakan aspek keselamatan pada setiap masa dan bukan hanya di tempat kerja, terutama bagi menjamin diri tidak ditimpa kejadian tidak diingini. "Masalah, jalan rosak dan tidak diselenggara dengan baik juga mengundang risiko kemalangan, yang kadang-kadang meragut nyawa pengguna jalan raya. "Justeru, semua pihak perlu menerapkan amalan budaya kerja selamat lagi sihat bagi mewujudkan kemalangan sifar di tempat kerja," katanya.

Sumber : BH Online

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP