Skip to main content

Tahniah diucapkan kepada UKKP atas kejayaan dalam Majlis Penarafan Pejabat Hijau USM 2025

Tahniah diucapkan kepada UKKP Kampus Induk atas kejayaan mendapat tempat pertama dan UKKP Kampus Kejuruteraan yang berjaya mendapat saguhati dalam Majlis Penarafan Pejabat Hijau USM 2025 yang berlangsung pada 22 Disember 2025 di Dewan Tuanku Syed Putra.

Dalam majlis tersebut, UKKP Kampus Induk dan Kejuruteraan telah menerima sijil dan wang penghargaan berjumlah RM2,000 dan RM500 masing-masing yang diserahkan oleh Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc. Naib Canselor USM bersama Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran, dan Penyelaras Kampus Sejahtera, Dr. Normaliza Abdul Manaf.

Dengan penarafan yang diberikan ini, UKKP akan memastikan kelestarian berterusan menjadi amalan dalam segenap aspek di PTJ selaras dengan agenda kelestarian Universiti dan aspirasi USM sebagai Universiti Lestari Bertaraf Global.

#sustainabilityusm #greencampususm #welead

 

 

  • Hits: 69