Kata Aluan Naib Canselor

vc fotoTahniah dan syabas atas wajah baharu laman sesawang Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ini. Wajah baharu yang seharusnya membawa sama semangat baharu dalam memperkasakan komitmen untuk berkongsi maklumat dengan seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) mahu pun pelayar-pelayar internet yang menerokai alam siber. Kejayaan hasil kerja berpasukan warga universiti dari pelbagai jabatan terutamanya Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi USM ini dapat memastikan semua pihak mendapat akses kepada maklumat dan informasi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan universiti dengan cepat dan mudah seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.

Penggunaan laman sesawang untuk berkomunikasi dengan pelanggan bukanlah perkara baharu. Namun yang penting ialah bagaimana ia dapat menyediakan satu platform berkesan dalam menyediakan maklumat terkini dan membantu pelayar dan pengguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapinya yang memerlukan tindakan segera. Laman sesawang ini seharusnya berupaya menjanjikan tindakan segera diambil terhadap setiap aduan yang dibuat sama ada dalam bentuk siasatan dan penelitian dengan memaklumkan semula kepada pengadu berkenaan terhadap tindakan yang diambil. 

Selain dari itu, pihak pengendali laman sesawang juga perlu memastikan maklumat sentiasa dikemaskini dan dipantau secara berterusan. Semoga maklumat-maklumat yang dipaparkan memberi faedah kepada pengguna dan pelayar laman sesawang ini dan menjadi saluran komunikasi berkesan membangunkan jalinan kerjasama dan meningkatkan prestasi jabatan dalam konteks hubungan dengan pelanggan serta perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh universiti.

Di samping berperanan sebagai Pegawai Keselamatan & Kesihatan Universiti mengikut kehendak Akta KKP 1994, Pegawai Perlindungan Sinaran Universiti mengikut kehendak Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dan Pegawai Biokeselamatan Universiti mengikut Akta Biokeselamatan 2007, UKKP juga dipertanggungjawabkan dalam mengurus dan memberi perkhidmatan berkaitan KKP kepada PTJ. Diantaranya pengurusan sisa kimia berjadual, latihan KKP, perlesenan/pendaftaran sinaran mengion/organisma diubah suai yang hidup, perkhidmatan perlindungan sinaran mengion, penyelarasan pengawasan kesihatan/perubatan pekerja, pemonitoran KKP tempat kerja dan yang terkini ialah pengurusan Stor Pusat Kimia Universti untuk bekalan bahan kimia kepada PTJ. Audit/pemeriksaan KKP di tempat kerja dan penyiasatan kemalangan KKP adalah merupakan teras penubuhan UKKP.

Semoga laman sesawang ini akan membantu mencapai matlamat jabatan untuk menghindar risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kecemerlangan sesebuah institusi bukan sahaja diukur kepada keberhasilan yang dihasilkannya semata-mata, tetapi juga tahap keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya. Pekerja yang bekerja dalam suasana selamat dan sihat mempunyai motivasi yang tinggi, produktif dan dapat menghasilkan kerja/tugas yang berkualiti.

Sekian, terima kasih. sign

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

“Ilmu untuk Semua”

  

Yang ikhlas,

 vc sgn

 [PROFESOR DATO’ DR. OMAR OSMAN] 

Naib Canselor

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP