PROFIL
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKP), termasuk di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan ditubuhkan secara rasminya pada 2 Oktober 2002 (Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, 1 Oktober 2002). UKKP dipertanggungjawabkan dalam pengurusan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di USM secara pusat selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, UKKP berperanan berikut;
- Menjadi Setiausaha/Sekretariat kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti, Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Universiti, dan Jawatankuasa Biokeselamatan Universiti.
- Menjalankan audit/pemeriksaan dan pemonitoran KKP di tempat kerja.
- Menerima, meneliti dan menyiasat aduan-aduan KKP yang dibuat oleh staf/pelajar dan masyarakat kampus.
- Menjalankan penyiasatan keatas setiap kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan/penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran dan seumpamanya yang berlaku di tempat kerja/kampus.
- Mengurus dan menyelaras pelupusan sisa kimia berjadual yang dihasilkan oleh PTJ dengan syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar.
- Mengurus dan menyelaras khidmat perlindungan sinaran (Bukan Perubatan) kepada PTJ, termasuk perlesenan punca sinaran dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
- Menyelaras dan mengatur pengawasan perubatan/kesihatan pekerjaan keatas staf/pelajar yang berkaitan.
- Mengurus dan menyelaras pendaftaran/pemberitahuan penggunaan `Living Modified Organisms’ (LMO)/ `Genetically Modified Organisms’ (GMO) di USM dengan Jawatankuasa Biokeselamatan /Jabatan Biokeselamatan Kebangsaan.
- Mengurus Stor Pusat Kimia Universiti untuk bekalan bahan kimia kepada PTJ.
- Merancang dan menyelaras program-program latihan KKP untuk staf dan pelajar USM yang berkaitan.
- Mengurus dan menyelaras pembaharuan sijil kelayakan penggunaan autoklaf dan kompressor PTJ dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).
- Merancang dan mengurus kerja-kerja penaksiran risiko kimia kepada kesihatan dan pengujian kebuk wasap oleh orang yang kompeten untuk makmal-makmal PTJ terpilih.
- Menyediakan maklumat, panduan dan rujukan KKP untuk masyarakat kampus dan agensi luar.
- Hits: 8245