Pekerja warga Nepal maut tersepit mesin

Petaling Jaya: Pekerja warga Nepal maut selepas tersepit pada sebuah mesin pemprosesan ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah kilang pembekal produk makanan di Jalan SS225, 
di sini, jam 3 petang kelmarin.

Mangsa berusia 20-an ditemui rakan sekerja dalam keadaan berlumuran darah.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sepasukan anggota perubatan bersama sebuah ambulans dikerah ke lokasi. Mangsa dipercayai secara tidak sengaja tertekan suis menyebabkan mesin terbabit berpusing sebelum dia tersangkut pada bahagian berkenaan.

“Mangsa yang parah 
di belakang badan dan perut disahkan mati
di lokasi,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian terbabit.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

 

Sumber: Harian Metro Online, 02 March 2017

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP