Majikan perlu pastikan tempat kerja selamat

getimage

Majikan, pekerja dan penguat kuasa perlu bersedia menghadapi risiko baharu yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata usaha perlu dipertingkatkan melalui kerjasama semua pihak bagi mengurangkan kadar kemalangan industri, sekali gus mencapai sasaran sifar kemalangan.

Mengikut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) jumlah kemalangan industri menunjukkan penurunan daripada 35,898 kes pada 2013 kepada 35,294 kes (2014) dan 34,258 kes (2015).

“Walaupun kes menurun, majikan, pekerja dan penguat kuasa perlu sentiasa bersedia menghadapi risiko baharu. Masalah ini boleh menjadi punca kepada peningkatan kadar kemalangan di tempat kerja dan faktor utama terjadinya penyakit berkaitan.

“Justeru, majikan perlu memastikan pekerja mereka terlatih dan persekitaran tempat kerja dalam keadaan selamat,” katanya ketika merasmikan Pejabat Satelit NIOSH di Seri Manjung di sini, kelmarin.

Lam Thye berkata, kes kemalangan dapat diatasi dengan berkesan melalui latihan dan amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Katanya, majikan juga perlu berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja yang dilihat semakin meningkat.

“Pada 2013, sebanyak 27,659 kes kemalangan dicatatkan dan meningkat kepada 28,037 pada 2014 seterusnya 28,579 pada 2015,” katanya.

 

Sumber : Berita Harian Online , 1 April 2017

skmmjkjrmioshsirimuem enviroperkesotenagalptanuklearJASnioshcidbmknB OMBABIOjjkpjpam MBKKP