Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (JKKPU) ke-87 telah diadakan pada 11 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat 3, Canselori 2, Kampus Induk USM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof Dr. Azlan bin Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri Dan Masyarakat (BJIM) serta dihadiri oleh ahli-ahli JKKPU.