Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (JKKPU)

  • Struktur

  • Fungsi

    FOTO MEETING jkkpu edc24021

    Seksyen 31 : Akta KKP 1994

    1. Mengkaji  (review)  semula  langkah-langkah  yang  diambil  bagi memastikan K&K orang-orangdi tempat kerja
    2. Menyiasat apa-apa perkara di tempat kerja yang:
      • dianggap oleh anggota jawatankuasa atau  orang  yang  diambil kerja adalah tidak selamat/sihat
      • dibawa keperhatian majikan
    3. Meminta  Ketua  Pengarah  Jabatan  Keselamatan  dan  Kesihatan Pekerjaan Malaysia   untuk menjalankan pemeriksaan, jika jawatankuasa tidak berupaya untuk menyelesaikan apa-apa perkara yang tersebut diatas [Perkara (ii)].

    Peraturan 11:Peraturan KKP (Jawatankuasa K&K) 1996

    1. Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah (rules) K&K dan sistem kerja selamat
    2. Mengkaji keberkesanan program K&K
    3. Mengkaji   trend   kemalangan  yang   berlaku   di   tempat   kerja  dan melaporkan apa-apa keadaan/amalan yang tidak selamat/sihat beserta dengan cadangan untuk tindakan pembaikan
    4. Mengkaji dasar K&K ditempat kerja dan mengemukakan cadangan bagi apa-apa penyemakan dasar tersebut

    Peraturan 12-19:PeraturanKKP(Jawatankuasa K&K) 1996

    1. Menjalankan pemeriksaan ditempat kerja sekurang-kurangnya 3 bulan sekali [Peraturan 12(a)]
    2. Membincang pemerhatian yang dibuat oleh anggota jawatankuasa semasa pemeriksaan tersebut (viii); dan mengemukakan cadangan langkah-langkah pemulihan [Peraturan12(b)&(c)]
    3. Memeriksa tempat kerja dengan seberapa segera yang selamat selepas berlaku apa-apa kemalangan [Peraturan13(1)]
    4. Membincang laporan dapatan penyiasatan kemalangan yang dijalankan oleh pegawai K&K (UKKP) termasuk sebab-sebab berlakunya kemalangan; dan mengemukakan cadangan langkah-langkah bagi mengelakkan berulangnya peristiwa/kemalangantersebut [Peraturan 13(2)& 13(4)]
    5. Mempertimbangkan laporan-laporan berkaitan KKP daripada pegawai K&K Universiti(UKKP), juruaudit K&K, pegawai KKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia) dan agensi-agensi kerajaan yang lain, jika ada [Peraturan15]
    6. Menyiasat aduan tentang  risiko K&K ditempat kerja  yang dibuat oleh pekerja dan mengemukakan cadangan tentang cara-cara untuk menghapus atau mengurangkan risiko tersebut [Peraturan 16(4)]
    7. Membantu dalam apa-apa pertandingan, ceramah dan kegiatan lain yang berkaitan K&K untuk menggalakkan perjalanan kerja yang selamat dan sihat [Peraturan 18] 
    8. Membantu dalam menyedia dan memperkenalkan kaedah-kaedah (rules) K&K bagi memastikan K&K pekerja[Peraturan 19]

    Bagi melaksanakan fungsi-fungsi di atas, Jawatankuasa akan berperanan seperti berikut;

    1. Menerima dan mempertimbangkan laporan-laporan audit/pemeriksaan, penyiasatan  kemalangan,  aduan  keselamatan  & kesihatan  pekerjaan dan lain-lain laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
    2. Mempertimbangkan  cadangan  pelaksanaan  apa-apa  pertandingan, ceramah, latihan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan untuk menggalakkan perjalanan kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.
    3. Mempertimbangkan cadangan penyediaan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan(occupational safety and health rules) dan sistem kerja yang selamat dan sihat untuk pelaksanaan di tempat kerja.
    4. Menyemak keberkesanan dasar, program, aktiviti, kaedah dan langkah- langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditempat kerja yang dilaksanakan dan menentukan cadangan penambahbaikan.
    5. Menjalankan fungsi-fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta KKP1994, terutamanya Peraturan-Peraturan KKP (Jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan) 1996 bagi membantu Universiti/Majikan menunaikan kewajipannya terhadap aspek KKP.
  • Keahlian

    KEAHLIAN JKKPU

    Keanggotaan  [Kelulusan Naib Canselor, 14 Januari 2020, No. Rujukan  : USM(UKKP)iv/a Jilid 4]

    (a) Pengerusi: Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat) selaku pengurus yang diberi kuasa oleh majikan [Peraturan 6(1)] 

     (b) Setiausaha: Ketua UKKP selaku Ketua Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Universiti  yang diambil kerja [Peraturan 6(2)]

     (c) Ahli-Ahli:

    Berdasarkan Peraturan 5(1) & 5(2), anggota-anggota Jawatankuasa yang lain adalah terdiri daripada wakil-wakil pengurusan dan wakil- wakil pekerja berikut;

    Wakil-Wakil Majikan atau Pengurusan

    - Pendaftar

    - Bendahari

    - Pengarah Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset

    - Pengarah Pusat Sejahtera

    - Pengarah Jabatan Keselamatan

    - Seorang Penggawa yang dicalonkan oleh Timbalan Naib Canselor [Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni]

    - Setiausaha kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kampus Kejuruteraan

    - Setiausaha kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kampus Kesihatan 

    - Setiausaha kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPPT

    - Tidak melebihi 10 anggota yang dicalonkan oleh Pengerusi

    Wakil-Wakil Pekerja

    - 2 anggota yang dicalonkan oleh KKA USM

    - 2 anggota yang dicalonkan oleh PKAP USM

     

    KEAHLIAN JKKP KAMPUS KESIHATAN

    (a) Pengerusi: Pengarah Kampus Kesihatan selaku pengurus yang diberikuasa oleh majikan [Peraturan 6(1)]

     (b) Setiausaha: Pegawai Sains selaku Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Kampus Kesihatan yang diambil kerja [Peraturan 6(2)]

     (c) Ahli-Ahli:

    Berdasarkan Peraturan 5(1) & 5(2), anggota-anggota Jawatankuasa yang lain adalah terdiri daripada wakil-wakil pengurusan dan wakil-wakil pekerja berikut;

    Wakil Pengurusan

    - Timbalan Pengarah Kampus

    - Pengarah HUSM

    - Dekan-Dekan Pusat Pengajian

    - Pengarah-Pengarah Pusat

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Bendahari Kampus Kesihatan

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Pembangunan Kampus Kesihatan

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Keselamatan Kampus Kesihatan

    - Seorang Penggawa yang dicalonkan oleh Pengarah Kampus

    - Pegawai/Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kampus Kesihatan

    - Penyelia Keselamatan Sinaran Kampus Kesihatan

    - Tidak melebihi 10 anggota yang dicalonkan oleh Pengerusi 

    Wakil Pekerja

    - 2 anggota yang dicalonkan oleh KKA USM KampusKesihatan

    - 2 anggota yang dicalonkan oleh PKAP USM Kampus Kesihatan

     

     KEAHLIAN JKKP KAMPUS KEJURUTERAAN

    (a) Pengerusi: Pengarah Kampus Kejuruteraan selaku pengurus yang diberikuasa oleh majikan [Peraturan 6(1)]

     (b) Setiausaha: Pegawai Sains selaku Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Kampus Kejuruteraan yang diambil kerja [Peraturan 6(2)]

     (c) Ahli-Ahli:

    Berdasarkan Peraturan 5(1) & 5(2) anggota-anggota Jawatankuasa yang lain adalah terdiri daripada wakil-wakil pengurusan dan wakil-wakil pekerja berikut;

    Wakil Pengurusan

    - Seorang Dekan atau Pengarah yang dicalonkan oleh Pengerusi

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Bendahari Kampus Kejuruteraan

    - Pegawai Tertinggi Pusat Kesihatan Kampus Kejuruteraan

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan

    - Pegawai Tertinggi Jabatan Keselamatan Kampus Kejuruteraan

    - Seorang Penggawa yang dicalonkan oleh Pengerusi

    - Penyelia Keselamatan Sinaran Kampus Kejuruteraan

    - Tidak melebihi 5 anggota yang dicalonkan oleh Pengerusi

    Wakil Pekerja

    - 2 anggota yang dicalonkan oleh KKA USM Kampus Kejuruteraan

    - 2 anggota yang dicalonkan oleh PKAP USM Kampus Kejuruteraan

     

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin