Syarikat kuari didenda gagal daftar bahan kimia berbahaya

313103

IPOH - Sebuah syarikat kuari didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini kerana gagal menyediakan daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, Januari lalu.

Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu selepas Muara Hartamas Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan dihadapannya.
Syarikat terbabit didakwa di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Muara Hartamas Sdn Bhd didapati telah menggunakan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan untuk penyelenggaraan jentera dan disimpan di stor penyimpanan kimia.
Pemeriksaan pada 7 Januari lalu, majikan terbabit gagal mengenalpasti dan merekodkan dalam suatu daftar bahan kimia tersebut bagi bahan kimia yang digunakan di tempat kerja seperti diesel, gris, minyak hidraulik, minyak gear dan minyak enjin.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak, Mohd Norhafiz Ibrahim.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/28227/EDISI/Perak/Syarikat-kuari-didenda-gagal-daftar-bahan-kimia-berbahaya

  • Hits: 897

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin