247 kes kemalangan pekerjaan disiasat JKKP tahun ini

KOTA KINABALU: Sebanyak 247 kes kemalangan pekerjaan bagi sektor pertanian, perikanan dan perhutanan disiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Jumlah itu turut membabitkan 10 kes atau 3.6 peratus siasatan kemalangan maut, manakala 33 kes siasatan penyakit dan keracunan pekerjaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata antara kes maut yang direkodkan adalah terjatuh dari traktor, terkena renjatan elektrik, terkena sabit pemotong kelapa sawit dan terhidu gas beracun ketika menjalankan kerja di ruang terkurung.

“Menerusi kes itu, pekerja dan majikan harus mengambil iktibar terhadap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berlaku dalam sektor ini serta berusaha bagi mengelak tragedi sama berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pertanian, Perikanan dan Perhutanan 2019 di sini, hari ini.

Mahfuz yang juga Pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, berkata berlaku penurunan kadar kemalangan di tempat kerja dan kemalangan maut bagi tahun lalu berbanding 2017.

“Kadar kemalangan di tempat kerja pada 2018 adalah 2.40 daripada 1,000 pekerja berbanding 2.93 daripada 10,000 pekerja pada 2017.

“Manakala kadar kemalangan maut pada tahun lalu adalah 4.14 daripada 100,000 pekerja berbanding 4.90 daripada 100,000 pekerja pada 2017,” katanya.

Beliau berkata, penurunan itu berlaku kerana JKKP menggunakan kaedah baharu supaya pengiraan kadar kemalangan ini lebih komprehensif.

“Selain itu, ia juga menunjukkan majikan dan pekerja semakin mulai sedar mengenai kepentingan memastikan tempat kerja selamat dan sihat.

“Tambahan pula, pelbagai program dan inisiatif yang proaktif dilakukan oleh JKKP dan pihak berkepentingan membantu dan menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan ini,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JKKP, Omar Mat Piah dan Pengarah JKKP Sabah, Zulkifli Yahaya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/578267/247-kes-kemalangan-pekerjaan-disiasat-jkkp-tahun-ini

  • Hits: 779

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin