2 kematian di tempat kerja setiap hari

IPOH: Purata dua kematian dan 116 kes kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan setiap hari pada tahun lalu mendorong kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi mewujudkan tempat kerja yang selamat, sihat selain bebas kemalangan serta penyakit.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata berdasarkan statistik berkenaan, ia bersamaan dengan 42,513 kes kemalangan di tempat kerja setahun manakala kematian pula adalah 711 kes, yang jika mengikut penilaian antarabangsa, belum berada pada tahap serius.

"Justeru, dalam usaha menjadikan tempat kerja lebih selamat, sihat dan bebas daripada kemalangan serta penyakit, kerajaan menggesa semua pihak sama ada pekerja, majikan atau badan bukan kerajaan (NGO), untuk bersama-sama menjalankan program dan kegiatan bagi mengurangkan kadar kemalangan ini.

"Inisiatif bagi mengurangkan kemalangan ini adalah selari dengan dasar peraturan kendiri yang menjadi teras Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2018 di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memainkan peranan dalam menjamin keselamatan penduduk sekitar kawasan industri yang mempunyai risiko bahaya.

"Kebanyakan industri pada asalnya beroperasi di kawasan yang jauh daripada penempatan, namun pembangunan pesat menyebabkan kawasan kediaman semakin dekat dengan kawasan industri hingga ada yang tiada langsung zon penampan.

"Zon ini sangat penting bagi keselamatan rakyat yang mana jika berlaku sebarang tragedi di kawasan industri berisiko, ia boleh membahayakan jutaan nyawa dan peranan PBT adalah memastikan kewujudan zon penampan ini yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang perlu," katanya.

Kulasegaran menegaskan, kerajaan juga kini dalam usaha meningkatkan penguatkuasaan dan penambahbaikan perundangan serta akta sedia ada.

"Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menguatkuasakan perundangan tegas dan bebas rasuah, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sudah menjalankan 137,558 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera.

"Berdasarkan jumlah itu sebanyak 15,759 notis dikeluarkan dengan 315 kesalahan dikenakan kompaun dan 123 kes pendakwaan di mahkamah difailkan atas kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," katanya.

Menurutnya, JKKP juga dalam proses meminda akta OSHA 1994 bagi menambahbaik peruntukan perundangan, antaranya menaikkan jumlah penalti maksimum dan memperkenalkan peruntukan lebih terperinci dalam isu berbangkit seperti kewajipan kontraktor utama dan kewajipan orang berkebolehan.

"Pihak kementerian sering mengadakan perbincangan bersama pihak pekerja, majikan, NGO dan pelbagai pihak lain bagi mendapatkan pandangan serta cadangan berhubung penambahbaikan peruntukan perundangan ini," katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454988/2-kematian-di-tempat-kerja-setiap-hari

  • Hits: 934

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin