23 Kementerian Catat Prestasi Kkp Tidak Memuaskan: Cuepacs

 

KOTA KINABALU: Sebanyak 23 buah kementerian didapati masih berada pada tahap tidak memuaskan iaitu gred C, D dan E berdasarkan keputusan audit keselamatan, kesihatan dan kebajikan (KKP) yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata antara elemen yang diberikan penekanan semasa audit tersebut adalah dasar KKP, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan serta pengurusan risiko KKP.

“Oleh itu bagi memantapkan kepimpinan kerajaan selaku peneraju utama KKP di Malaysia, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh JKKP selari dengan Pelan Induk KKP 2020 (OSHMP2020).

“Antaranya pengedaran Surat Pekeliling Am SPA BIl 3 2019 mengenai keperluan pematuhan AKKP 1994 oleh semua kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun Persekutuan,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Keselamatan dan Kesiharan Pekerjaan di Sektor Awam peringkat zon Sabah dan Labuan, di sini hari ini.

Seminar anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) itu turut dihadiri oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor.

Selepas Sabah, seminar tersebut akan diadakan di Sarawak pada esok dan 12 November di Melaka. Sabah adalah lokasi ketiga selepas Perlis dan Terengganu.

Azih berkata penguatkuasaan KKP dalam sektor awam telah bermula sejak 1994 apabila Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994) diwartakan.

Namun katanya JKKP menghadapi kesukaran untuk mendapatkan perhatian, kerjasama dan komitmen terutama daripada pihak pengurusan tertinggi sesebuah jabatan atau agensi bagi menjalankan penguatkuasaan KKP di tempat kerja mereka.

“Oleh itu satu surat arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah dikeluarkan pada 2004 bagi meningkatkan kesedaran tanggungjawab semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan untuk meningkatkan pematuhan KKP di tempat kerja masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu katanya Cuepacs berharap agar mesej dan pengajaran seminar itu sampai kepada sebanyak 24 buah agensi kerajaan, badan berkanun Persekutuan, negeri termasuk 155 buah pihak berkuasa tempatan seluruh negara.

Katanya pihaknya juga berpuas hati apabila sehingga bulan ini belum ada kes kematian di tempat kerja berlaku membabitkan penjawat awam di negara ini. – SabahNewsToday https://www.sabahnewstoday.com/23-kementerian-catat-prestasi-kkp-tidak-memuaskan-cuepacs/

  • Hits: 1353

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin