Kesedaran Majikan Terhadap Kesihatan, Keselamatan Pekerja Rendah

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan (kanan) merasmikan Seminar ‘Workplace Health Promotion’ 2020 dan penyampaian hadiah program <a href=

KUALA LUMPUR: Kesedaran dan keprihatinan majikan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan pekerja masih pada tahap rendah dan sangat mengecewakan.

Ia berdasarkan sambutan terhadap program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak 2017 yang cuma disertai 96 majikan membabitkan agensi kerajaan dan swasta.

Situasi itu dilihat cukup membimbangkan dengan keadaan negara yang masih berdepan ancaman pandemik COVID-19 berikutan tempat kerja berpotensi menjadi lokasi penyebaran virus berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata COVID-19 menyarankan majikan dan pekerja untuk sama-sama memastikan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja berada di tahap terbaik.

"Penyertaan majikan dalam program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja amat tidak memuaskan.

"Saya tidak berpuas hati kerana cuma 96 syarikat yang mengambil bahagian. Kita akan lahirkan lebih banyak kesedaran dalam kalangan majikan dan dijangkakan akibat pandemik COVID-19, penyertaan akan bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kesihatan di Tempat Kerja (WHP) 2020 dan penyampaian hadiah program Activ@Work Challenge 2019 anjuran PERKESO, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Jamil Rakon; Pengerusi Lembaga PERKESO, Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah; Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengasas BookDoc, Datuk Chevy Beh.

Saravanan berkata, PERKESO melaporkan berlaku peningkatan mendadak bagi penyakit tidak berjangkit disebabkan pengamalan gaya hidup tidak sihat yang menjadi punca utama kemerosotan tahap kesihatan pekerja.

"PERKESO mendapati bilangan kes pencen ilat dan pencen penakat akibat penyakit tidak berjangkit meningkat lebih 100 peratus sejak 2010.

"Pada 2019, seramai 22,591 pencarum PERKESO dilaporkan pencen ilat akibat penyakit tidak berjangkit berbanding 2010, iaitu 10,409 orang pekerja.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 7,326 kes kematian dilaporkan iaitu purata sebanyak 20 kes kematian sehari," katanya.

Katanya, jumlah itu cukup besar dan ini antara faktor keperluan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan majikan dan pekerja supaya mengambil langkah positif bagi menjadikan tempat kerja sebagai lokasi selamat dalam semua aspek.

"KSM dan PERKESO amat berharap majikan mengikuti program yang disediakan demi kebaikan majikan dan pekerja," katanya.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian hadiah Activ@Work Challenge 2019 bagi meraikan majikan dan pekerja yang terbabit dalam pelbagai aktiviti bagi memastikan mereka kekal aktif di tempat kerja.

Bagi kategori majikan, ia diungguli Tenaga Nasional Berhad (TNB), manakala kakitangan Medivest Sdn Bhd, Mazhan Mustafar pula meraih tempat pertama bagi kategori pekerja.

Program Activ@Work Challenge yang diperkenalkan sejak 2017 itu turut mencatatkan peningkatan penyertaan dalam kalangan majikan dan pada tahun lalu, seramai 237 syarikat swasta dan agensi kerajaan mengambil bahagian.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/713429/kesedaran-majikan-terhadap-kesihatan-keselamatan-pekerja-rendah

  • Hits: 709

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin