Kesihatan mental: Pekerja tertekan jejaskan produktiviti organisasi

mental stress

KUALA LUMPUR : Isu kesihatan mental di tempat kerja tidak seharusnya dipandang ringan, tegas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Ini kerana jelasnya, kesihatan mental yang terjejas dalam kalangan pekerja bakal memberi impak kepada produktiviti sesebuah organisasi.
 
“Isu kesihatan mental di tempat kerja seharusnya tidak dipandang ringan oleh mana-mana organisasi atau majikan. Ini adalah isu normal tetapi beri impak besar terhadap produktiviti organisasi. “Malah laporan statistik penyakit mental sangat membimbangkan, dan jumlahnya terus meningkat dengan setiap tahun.
 
“Jadi saya menyeru kepada semua majikan perlu menyediakan langkah berkesan untuk menanganinya kerana kalau gagal ia akan merugikan orgnanisasi. Masalah kesihatan mental ini ibarat pembunuh senyap kepada tenaga kerja yang berkualiti,” beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
 
Dalam pada itu, Wilson turut berharap agar majikan dapat memainkan peranan sebaiknya dalam memastikan kesihatan mental pekerja terjamin terutamanya golongan wanita.
 
Ia selepas tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, mendapati wanita di bawah umur 35 tahun dan golongan berpendapatan rendah pula lebih cenderung untuk berasa resah dan tertekan berhubung situasi pekerjaan.
 
Manakala tahap keresahan dan stres dalam kalangan rakyat Malaysia tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19 adalah paling tinggi dalam segala aspek berbanding 27 negara yang lain. Keresahan tersebut tercetus ekoran perubahan rutin selain tekanan keluarga.
 
  • Hits: 1425

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin