SYARIKAT DIDENDA RM25,000 SEBABKAN KEMATIAN PEKERJA

WhatsApp Image 2021 04 19 at 10.51.55 AM

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal memastikan tahap keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangannya, tahun lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu sebagai majikan dijatuhkan denda berkenaan selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu didapati gagal mengadakan sistem kerja yang selamat bagi kerja membuka plastik pembalut (wrapping) dan tali pengikat (belt) pada ‘A-Frame’ sehingga menyebabkan kemalangan pada 25 Ogos 2020.

Kemalangan itu mengakibatkan kemalangan maut terhadap seorang pekerja warga tempatan berusia 27 tahun kerana dihempap kepingan ‘big slab stone’ di bahagian kepala.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Muhamad Ridzwan Sani manakala siasatan kes dijalankan Pegawai Siasatan JKKP Johor, Mohd. Hanif Abdul Wahid.

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/syarikat-didenda-rm25000-sebabkan-kematian-pekerja/

  • Hits: 1030

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin