Pengurus Projek Boleh Kena Tindakan

OPS SEDAR JKKP KUALA LUMPUR JKKP looh 1641893497

KUALA LUMPUR: Pengurus projek yang mengendalikan tapak pembinaan boleh berdepan tindakan kompaun dan pendakwaan di mahkamah jika gagal memastikan keselamatan di tempat kerja mereka, melalui Ops Sedar yang dilancarkan hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur dan Putrajaya, Ir Zamzurin Maarof, berkata ia adalah pendekatan baharu dilaksanakan agensi itu dalam memastikan tapak projek lebih selamat.

Pelaksanaan peraturan itu adalah mengikut Perintah Khas Ketua Pemeriksa yang memfokuskan operasi terhadap pengurusan dan pengendalian selamat kren menara, kren bergerak dan perancah, acuan dan penyangga.

"Melalui Ops Sedar ini kita turut akan mengambil tindakan terhadap pengurus projek berbanding sebelum ini hanya kepada majikan atau syarikat sahaja.

"Dengan ini, pengurus projek boleh didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua - duanya sekali jika didapati bersalah mengabaikan aspek keselamatan di tapak projek," katanya selepas membuat tinjauan pemeriksaan di tapak pembinaan Seksyen 96A Jalan Maarof, di sini.

Melalui pemeriksaan di tapak pembinaan terbabit, satu notis pembaikan dan tiga surat arahan dikeluarkan terhadap kontraktor pembinaan atas kesalahan yang memerlukan penambahbaikan segera.

Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tepian terbuka tidak dihadang, kerja korekan tidak selamat, akses perancah tidak selamat dan penyenggaraan pendawaian elektrik yang tidak sempurna.

Pada masa sama beliau berkata, walaupun pengurus projek boleh dikenakan tindakan termasuk pendakwaan undang-undang, majikan juga tidak terlepas daripada aspek itu seperti amalan sebelum ini mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967 dan perintah Khas Ketua Pemeriksa.

Zamzurin berkata, JKKP akan terus membuat pemantauan yang berterusan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dalam industri pembinaan dan memastikan tapak bina dan kawasan berhampirannya selamat dan kondusif.

"Adalah menjadi tanggungjawab pengurus projek untuk memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi bagi mengelakkan insiden tidak diingini, " katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata (JKKP) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana majikan atau pengurus projek yang gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Sepanjang tahun lalu, JKKP Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 19 kes kemalangan maut membabitkan pekerja dan sembilan tindakan pendakwaan terhadap majikan dengan jumlah denda RM159,500 bagi sektor pembinaan.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/910350/pengurus-projek-boleh-kena-tindakan

  • Hits: 812

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin