SOP pekerja gondola perlu disemak semula

0222rsgondola 1645688735

KUALA LUMPUR: Garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pekerja gondola perlu disemak semula, termasuk ketetapan untuk menghentikan serta-merta kerja ketika cuaca buruk.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kejadian pekerja dalam gondola yang melayang akibat ribut pada Selasa menimbulkan ketakutan pelbagai pihak.

Antara semakan yang boleh dilakukan adalah dengan melantik seseorang untuk memantau cuaca berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi secara tetap sepanjang hari dan sistem amaran awal dilaksanakan.

"Pekerja hendaklah dilengkapi dengan peralatan keselamatan semasa melakukan kerja yang menuntut kepada semakan lebih kerap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas video tular menunjukkan beberapa pekerja dalam dua kren gondola di TS Law Tower, Jalan Kemuning, di sini berdepan detik cemas apabila hilang kestabilan sehingga tali hampir terbelit dan bertembung sesama sendiri akibat hujan lebat dan ribut petang kelmarin.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, gondola juga mesti dipasang dengan langkah keselamatan tambahan untuk menampung impak dengan bangunan semasa cuaca buruk.

Sementara itu mengulas insiden sama, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Kementerian Sumber Manusia, Datuk Wilson Ugak Kumbong, berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan mengambil tindakan berhubung kejadian itu.

"NIOSH berharap agar majikan dan pekerja sentiasa berwaspada dan terus mematuhi garis panduan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Kerja berisiko tinggi bukan hanya membabitkan aspek penggunaan mesin atau jentera dan peralatan cegah jatuh, tetapi penaksiran risiko dan langkah kawalan juga perlu mengambil kira elemen keadaan cuaca semasa," katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/926456/sop-pekerja-gondola-perlu-disemak-semula

  • Hits: 541

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin