Bekerja Dalam Cuaca Buruk, Majikan Boleh Diambil Tindakan

foto kontr

KUALA LUMPUR: Hujan lebat diikuti ribut petir dan banjir kilat akibat ketidaktentuan cuaca sejak kebelakangan ini bukan sahaja menjejaskan kerja di lapangan termasuk tapak binaan tetapi juga mencetuskan risiko keselamatan pekerja.

Fenomena cuaca melampau yang ada kaitannya dengan perubahan iklim bukan perkara baharu dan banyak kajian menunjukkan kesannya semakin memburuk dan mampu mengundang bencana alam lebih kerap. Senario itu sudah tentu memerlukan semua pihak berwajib termasuk majikan memberi perhatian berat kepada keselamatan pekerja mereka di lapangan terutamanya ketika berdepan cuaca buruk, dan bukan mementingkan keuntungan serta membiarkan mereka terus bekerja.

Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Mohd Anuar Embi memberitahu Bernama, majikan dan pekerja perlu sentiasa berwaspada terhadap situasi cuaca dan akur dengan prosedur operasi standard (SOP) kerja yang selamat seperti termaktub dalam peraturan, garis panduan dan perundangan berkaitan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

Beliau berkata, mana-mana majikan yang dikesan sengaja mengabaikan keselamatan pekerja termasuk yang mengarahkan mereka meneruskan kerja di lapangan meskipun berdepan cuaca buruk, boleh dikenakan tindakan, selaras dengan Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan kewajipan kepada setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja terjaga termasuk dalam situasi cuaca buruk.

Kegagalan pihak majikan untuk mematuhi peruntukan perundangan sedia ada juga boleh menyebabkan pihak berkenaan didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 "Di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 pula, kesalahan seumpama ini boleh disabitkan di bawah peruntukan kewajipan untuk menjalankan dan melaksanakan pentaksiran risiko.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/969325/bekerja-dalam-cuaca-buruk-majikan-boleh-diambil-tindakan
  • Hits: 386

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin