PENGURUSAN KKP & ALAM SEKITAR


  • Pengenalan

    Bahagian Pengurusan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) & Alam sekitar merupakan bahagian yang memegang tanggungjawab dalam menjalankan pengurusan KKP universiti, menganjurkan kursus KKP untuk pelajar serta staf dan menguruskan hal-hal alam sekitar yang berkenaan. Bahagian ini juga berfungsi untuk memastikan pematuhan perundangan universiti terhadap keperluan akta-akta yang berkaitan seperti Akta KKP 1994 & Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

  • Latihan/Kursus KKP

    Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga USM, bahagian latihan ini berperanan untuk merancang dan menyelaras program-program latihan KKP untuk staf dan pelajar USM yang berkaitan. Usaha ini dijalankan supaya semua perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat difahami dan dipatuhi.

     

     Jadual Perancangan Latihan 2024

    Kursus

    Kampus

    Bulan

    Kursus Kesedaran Tanggungjawab Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) Untuk Ketua Jabatan & Ahli JKKPU

    Siri 1 – K. Kesihatan

    Siri 2 – K. Kejuruteraan

    Mac

    Biorisk Management Curriculum Roadshow

    K. Induk

    Mac

    Kursus Kesedaran Keselamatan Perjalanan (Commuting Safety Awareness Course)

    K. Induk

    April

    Kursus Penaksiran Risiko & Prosedur Kerja Selamat PTJ (KJ)

    K. Kejuruteraan

    April

    Kursus Kesedaran Perlindungan Sinaran

    K. Induk

    April

    Kursus Pemantapan Pengurusan Jawatankuasa Biokeselamatan

    K. Induk

    Jun

    Kursus Keselamatan Bekerja Di Tempat Tinggi (KJ & KI)

    K. Induk & K. Kejuruteraan

    Julai

     

  • Pengurusan KKP PTJ

    Antara aktiviti pengurusan KKP yang dijalankan oleh UKKP adalah:

    • Menyedia dan mengemaskini sumber maklumat, panduan dan rujukan KKP.
    • Mengurus, menyelaras dan mengemaskini data dan maklumat dalam laman sesawang UKKP.
    • Mengemaskini dan menyelaras “Legal Register” mengikut akta dan peraturan yang berkuatkuasa
    • Mengurus dan menyelaras pangkalan data dan maklumat KKP secara berpusat termasuk penyediaan laporan tahunan aktiviti KKP.
    • Mengumpul, merekod dan menyediakan statisktik kemalangan KKP termasuk pelaporan kemalangan tahunan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
    • Menyelaras dan memantau pengurusan KKP di PTJ termasuk pelaksanaan Prosedur Kerja Selamat (PKS), penyediaan penilaian risiko “Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control (HIRARC)” serta mesyuarat jawatankuasa keselamatan & kesihatan pekerjaan di peringkat PTJ.

    Melaksanakan aktiviti promosi KKP untuk memupuk budaya kerja selamat dalam kalangan warga USM seperti penganjuran kempen dan pameran KKP.

  • Pengurusan Alam Sekitar

    Antara aktiviti pengurusan Alam Sekitar yang dijalankan oleh UKKP adalah:

    • Mengurus dan menyelaras pelupusan buangan terjadual yang dihasilkan oleh PTJ dengan syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
    • Menyelaras dan mengemaskini maklumat dan iventori buangan terjadual
    • Memantau pelaksanaan analisa sampel kumbahan di Loji Rawatan Kumbahan (STP) mengikut standard Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang berkaitan.

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin