Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKP), termasuk di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan ditubuhkan secara rasminya pada 2 Oktober 2002 (Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, 1 Oktober 2002). UKKP dipertanggungjawabkan dalam pengurusan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di USM secara pusat selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.