JAWATANKUASA BIOKESELAMATAN
(JK BIO)
(JK BIO)
Fungsi Jawatankuasa Biokeselamatan USM
1) Memberikan panduan kepada Penyelidik Utama (PI) berhubung polisi biokeselamatan dan penggunaan/penyelidikan melibatkan organisma terubahsuai yang hidup (Living Modified Organism, LMO)/rDNA.
2) Mengesyorkan untuk kelulusan projek penyelidikan melibatkan LMO/rDNA yang mematuhi Akta Biokeselamatan 2007 dan menjalankan penilaian berkala ke atas projek berkenaan.
3) Menilai dan memantau kemudahan, prosedur, amalan, latihan dan kepakaran personel yang terlibat dalam penyelidikan LMO/rDNA.
4) Memaklumkan kepada PI berhubung keputusan Jawatankuasa Biokeselamatan USM dan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) ke atas permohonan untuk kelulusan dan pemberitahuan aktiviti melibatkan LMO/rDNA.
5) Menilai dan menentukan tahap biokeselamatan penyelidikan LMO/rDNA yang dijalankan.
6) Menilai penyelidikan dan kajian lapangan yang dijalankan bagi memastikan penaksiran risiko, pengurusan risiko dan pelan tindak balas kecemasan yang disediakan adalah mencukupi.
7) Melaporkan kepada Naib Canselor dan LBK sebarang ketidakpatuhan terhadap Akta Biokeselamatan 2007 termasuk kemalangan/insiden yang berkaitan penyelidikan melibatkan LMO/rDNA.
8) Menjalankan fungsi sebagaimana ditetapkan dalam Akta Biokeselamatan 2007 dan peraturan yang berkaitan
KEAHLIAN
KEAHLIAN JAWATANKUASA BIOKESELAMATAN USM
Pengerusi : Seorang Staf Akademik yang dilantik oleh Naib Canselor
Setiausaha : Pegawai Biokeselamatan USM
Ahli Jawatankuasa : Diitentukan oleh Pengerusi bagi mewakili PTJ/Kampus dan mempunyai kepakaran berkaitan Biokeselamatan.
PERMOHONAN
Sebarang pertanyaan, sila hubungi;
Puan Fazlyana binti Khosny, Pegawai Biokeselamatan USM
04-6534068