JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI (JKKPU)
Fungsi & Tanggungjawab JKKPU
(a)Menerima dan mempertimbangkan laporan audit/ pemeriksaan, penyiasatan kemalangan, aduan KKP, dan lain-lain laporan yang berkaitan dengan KKP.
(b)Mempertimbangkan cadangan untuk pelaksanaan apa-apa pertandingan, ceramah, latihan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan KKP untuk menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
(c)Mempertimbangkan cadangan penyediaan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja yang selamat untuk pelaksanaan di tempat kerja.
(d)Menyemak keberkesanan dasar, program, aktiviti, kaedah dan langkah-langkah KKP yang dilaksanakan di tempat kerja dan menentukan cadangan penambahbaikan.
(e)Menjalankan fungsi-fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta KKP 1994, khususnya Peraturan-Peraturan KKP (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, untuk membantu Universiti/ Majikan dalam memenuhi kewajipan berkaitan KKP.