Lawatan Penanda Aras KKP Ke Beberapa Universiti Awam Di kawasan Lembah Klang Pada 29 Februari 2016

Bagi memantapkan pengurusan sistem KKP di USM, UKKP yang diwakili oleh En. Mohd Hafizul Mohd Arop dan Pn Fazlyana Khosny telah mengadakan lawatan penanda aras KKP ke beberapa universiti awam di kawasan Lembah Klang.

 

Pada 29 Februari 2016, lawatan dimulakan pada sebelah pagi di Pejabat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH), Universiti Kebangsaan Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Rahimah Umar dan sesi taklimat/perbincangan  turut dihadiri oleh En. Mohd Noor Faizal Mohd Nadzir.  

 

Seterusnya, lawatan diadakan di Pejabat Pengurusan KKP (PPKKP), UPM. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat/perbincangan yang dikendalikan oleh Pn. Noor Afida Miskam diikuti dengan kunjungan ke sekitar pejabat PPKKP UPM termasuklah Galeri OSH, Dewan OSH dll.

IMG 0730

 

IMG 0731

 

009

 

Keesokannya pada 1 Mac 2016, lawatan diteruskan di Pejabat Keselamatan dan Kesihatan (OSH), UM. Sesi taklimat/perbincangan dua hala diadakan di Bilik Mesyuarat, Aras 4, Bangunan Canseleri yang dihadiri oleh Pengarah OSH, En. K. Puniamurthy dan 9 pegawai di OSH.

 

IMG 0732

 

Lawatan penanda aras KKP diakhiri di Jabatan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Bina (OSHBE), IIUM yang dihadiri oleh 4 pegawai di OSHBE dan taklimat telah disampaikan oleh En. Shahrulnizam Jaafar.  

Pihak UKKP sangat berterima kasih di atas kesudian menerima lawatan pihak UKKP dan segala hasil perkongsian maklumat akan dijadikan input yang bermakna dalam menambahbaikkan sistem pengurusan KKP di USM.

 

IMG 0742

 

IMG 0752

IMG 0768

 

 

 

 

  • Hits: 1695

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.