Kursus Asas KKP Untuk Staf Pejabat Pada 22 Februari 2017
Kursus Asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Untuk Staf Pejabat telah diadakan pada 22 Februari 2017 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat UKKP. Objektif kursus ini adalah membincangkan secara umum berhubung aspek-aspek KKP di pejabat dan menerangkan pengurusan asas keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) USM mengikut kehendak perundangan.
Selain daripada itu, ianya memberi pendedahan kepada staf bagi mempelajari dan memahami isu-isu yang berkaitan ergonomik dan gangguan seksual. Selain itu, kursus ini juga menerangkan kepentingan pencegahan kebakaran dan memahami fenomena stres di kalangan staf pejabat dan cara-cara menanganinya.
- Hits: 2342