Skip to main content

Latihan Kecemasan Radiologikal (Kebakaran) Di Makmal Biofizik, Pusat Pengajian Sains Fizik Pada 15 Oktober 2017

Latihan Kecemasan Radiologikal (Kebakaran) telah diadakan di Makmal Biofizik, Pusat Pengajian Sains Fizik Pada 15 Oktober 2017. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama dan disertai oleh Pejabat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) Caw. Utara, Seksyen Pengurusan Tindakbalas Nuklear LPTA, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Hazmat Pulau Pinang, Pusat Sejahtera USM, ERT Pusat Pengajian Sains Fizik & Jabatan Keselamatan USM. Senario aktiviti ini bermula apabila seorang staf yang sedang bertugas mengesan asap tebal keluar dari Stor Paras Rendah Makmal Biofizik. Setelah memeriksa beliau mendapati asap tebal berpunca daripada kebakaran lampu kalimantang dan kebakaran tersebut mula merebak ke stor paras tinggi. Bagi pihak UKKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini yang pertama kali diadakan yang melibatkan Kebakaran Radiologikal. Tahniah.

gambar lpta

gambar lpta1

gambar lpta4

 

gambar lpta7

gambar lpta10

gambar lpta13

gambar lpta14

gambar lpta11

gambar lpta15

Kredit Foto : FB LPTA

  • Hits: 1922