Taklimat Disinfeksi Bangunan/Tempat Kerja Pada 27 Mac 2020 (Jumaat)
Latihan Disinfeksi Bangunan/Tempat Kerja telah diadakan pada 27 Mac 2020 (Jumaat) jam 11.00 pagi di Bilik Ibnu Sina, Pusat Sejahtera.
Latihan tersebut dihadiri staf daripada UKKP Kampus Induk dan Kejuruteraan, Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti, Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset serta staf kontraktor pencucian.
Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pusat Sejahtera, Dr. Normala Abdul Wahid diikuti demo pemakaian alat lindung diri untuk kerja-kerja disinfeksi yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perubatan, En. Md Saiful Syuwari Samuil.