OSH Day USM: Pelaburan Dalam Infrastruktur dan Modal Insan Mampu Tingkatkan Produktiviti

Majlis Perasmian Penutupan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Day), Kampus Kesihatan 2023 telah diadakan pada 9 Jun 2023 di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kelantan yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Shaharum bin Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan. Penganjuran 'OSH Day' ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada majikan terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta langkah-langkah pengawasan yang perlu diambil oleh staf sempena Sambutan Hari Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Sedunia yang disambut pada 28 April setiap tahun. Majikan dicadangkan untuk membuat pelaburan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan modal insan yang mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
 
WhatsApp Image 2023 06 09 at 11.01.21 AM
 

Para pekerja merupakan aset penting kepada negara secara umumnya dan merupakan aset utama kepada keluarga secara khususnya dalam menjana ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup. Dalam memastikan para pekerja dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Management System) dalam pelaksanaan tindakan pencegahan dan perlindungan di tempat kerja. 

IMG 20230609 WA0009
 
IMG 20230609 WA0018

Setiap ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak boleh bersikap sambil lewa dan tidak mengendahkan keperluan dalam memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan staf di jabatan masing-masing. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus Induk USM, En. Mohd Hafizul Mohd Arop; Pengerusi Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dr. Khairilmizal Samsudin dan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus Kesihatan USM, En. Muzani Omar.

IMG 20230609 WA0010
 
IMG 20230609 WA0011
 
Photo Credit to "Unit Fotografi UKAST"
  • Hits: 247

Kampus INDUK


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang


No Tel : 04-6534078 
No Fax : 04-6534405 
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kejuruteraan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang

No Tel : 04-5995523
No Fax : 04-5942569
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus kesihatan


Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Pejabat Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No Tel : 09-7671016

No Fax : 09-7671017
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Luar


skmm jkjr sirim uem enviro perkeso

tenaga lpta nuklear niosh cidb 

mkn B OMBA BIO jpam MBKKP

All Rights Reserved UKKP Universiti Sains Malaysia © 2024  |  icon admin

  • Last Modified: Thursday 21 November 2024.