Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran Pada 8 Mei 2024
Kursus Kesedaran Keselamatan Sinaran telah dilaksanakan dengan jayanya di Auditorium INFORMM, USM pada 8 Mei 2024 dan dihadiri oleh pekerja sinaran dan pengendali sinaran di PTJ dari Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan. Pegawai Jabatan Tenaga Atom turut hadir memberikan ceramah berkenaan keperluan perundangan berkaitan sinaran. Kursus ini dijalankan selaras dengan Program Perlindungan Sinaran Universiti yang mana setiap pekerja sinaran perlu mengikuti kursus refresher perlindungan sinaran sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.
- Hits: 702