Skip to main content

UKKP GO GREEN & FIT

Program UKKP Go Green and Fit telah diadakan pada 30 Mei 2024 yang disertai staf UKKP Kampus Induk. Program melibatkan aktiviti berjalan sekitar USM Kampus Induk bagi menggalakkan staf mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu, program ini juga menyokong agenda kelestarian Universiti dalam mengurangkan pencemaran serta melindungi alam sekitar dengan aktiviti mengutip sampah atau barangan terbuang di sekitar kampus. Program ini akan dilaksanakan dari masa ke masa dalam meneruskan amalan kelestarian dan gaya hidup sihat.
 
 
 
  • Hits: 304