Skip to main content

Latihan Kawad Kebakaran dan Kecemasan di Bangunan G09 dan G09A

Selasa, 11 Jun 2024, Kampus Induk USM- Latihan Kawad Kebakaran Bangunan G09 dan G09A, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Kajihayat telah diadakan pada jam 10.30 pagi.

Kawad Kebakaran ini dijalankan dengan kerjasama Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak dan pasukan HAZMAT dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bayan Baru. Pihak Bomba turut mengadakan simulasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam bangunan dan mangsa yang terkena tumpahan kimia.
Tahniah diucapkan kepada semua PTJ yang terlibat dalam menjayakan kawad kebakaran ini.

{gallery}/2024/kimia_fire_drill/{/gallery}

  • Hits: 495