Kursus Pengurusan Keselamatan Kimia Pada 30 Julai 2024
Rabu, 30 Julai 2024, Kampus Induk USM - Kursus Pengurusan Keselamatan Kimia telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Seminar, Aras 1 Bangunan Toray. Kursus ini mensasarkan peserta dari kalangan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTj dan staf PTj yang terlibat dengan pengendalian/pengawasan bahan-bahan kimia dan sisa kimia.
Kursus ini telah melibatkan beberapa jemputan penceramah, iaitu dari pihak DOSH untuk memberi penerangan berkenaan keperluan undang-undang berkaitan pengurusan bahan kimia. Seterunya, penceramah dari Pusat Pengajian Sains Kimia Prof. Madya Dr. Mohd Rizal bin Razali dengan tajuk Pengurusan Keselamatan Kimia dan Prof. Madya ChM. Dr. Lee Hooi Ling dengan tajuk Pengurusan Sekuriti Kimia. Selain itu, pihak BOMBA turut dijemput untuk memberi ceramah berkenaan Tindak Balas Kecemasan Kimia, peserta juga mendapat peluang untuk menyaksikan demostarsi daripada BOMBA bagi Langkah-Langkah Pengendalian Tumpahan Kimia. Di samping itu, peserta kursus juga diberi pendedahan berkenaan makluman-makluman terkini Pengurusan Sisa Kimia yang di sampaikan oleh Ketua Unit UKKP, En Mohd Hafizul Bin Mohd Arop.
Diharapkan peserta kursus mendapat manfaat daripada penganjuran kursus ini dan boleh mengaplikasikan ilmu—ilmu tersebut di PTJ masing-masing.
{gallery}/2024/pengurusan_pelupusan_sisa_kimia/{/gallery}
- Hits: 286