UKKP Telah Mendapat Penarafan 5 Daun Berserta Hadiah Saguhati
Rabu 30/10/2024 - Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi di atas pengiktirafan yang telah diberikan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan di Majlis Penarafan Pejabat Hijau Universiti Sains Malaysia. UKKP Kampus Induk telah mendapat penarafan 5 daun berserta hadiah saguhati wang tunai berjumlah RM 500.00. Selain itu, UKKP Kampus Kejuruteraan juga telah diberikan penarafan 5 daun di atas kejayaan memenuhi kriteria-kriteria indikator pejabat hijau. UKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua staf yang terlibat di atas kejayaan ini.
{gallery}/2024/pejabat_hijau/{/gallery}
- Hits: 245