Selasa, 5 November 2024 – Kursus Keselamatan Berkerja Di Tempat Tinggi telah diadakan di Dewan Seminar, Aras 1 Bangunan Toray dengan jemputan penceramah daripada National Institute Occupational Safety & Health Pulau Pinang. Kursus ini bermatlamat untuk menerangkan keperluan perundangan KKP berkaitan bekerja di tempat tinggi dan menerangkan hazard dan prinsip bekerja di tempat tinggi serta
kawalannya. Terima kasih kepada yang hadir dan diharapkan semua peserta mendapat manfaat daripada penganjuran kursus ini.