Skip to main content

Taklimat Prosedur Pengurusan Kontraktor bagi Pengoperasian RBS

Satu sesi taklimat berkaitan Prosedur Pengurusan Kontraktor telah berlangsung pada pagi tadi melibatkan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pengoperasian dan penyelenggaraan RBS di bangunan-bangunan di dalam kampus USM

Taklimat ini memberi penekanan bagi 4 prosedur yang berkaitan dalam memastikan semua pihak yang terlibat mematuhi keperluan keselamatan, kesihatan dan peraturan yang telah ditetapkan dan dilaksanakan di dalam Kampus USM iaitu;

(i) Prosedur Pengurusan Kontraktor

(ii) Prosedur Pelaksanaan Permit Kerja (Permit To Work) untuk kontraktor

(iii) Prosedur Pengenalpastian Hazard, Pentaksiran Risiko Dan Kawalan Risiko (HIRARC)

(iv) Garis Panduan Penyediaan Prosedur Kerja Selamat (PKS)

Diharapkan sesi ini dapat meningkatkan pematuhan prosedur dan memperkukuh budaya kerja selamat di tapak projek.

 

  • Hits: 101