Lawatan Penanda Aras di Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Kuala Lumpur, 29 Julai 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi "Task Force" Penilaian dan Penambahbaikan Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Oleh Syarikat/Firma Kontraktor Yang Memberi Khidmat Kepada USM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut kaedah pelaksanaan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024 - CDM 2024 oleh pihak JKR. Sehubungan itu, ianya diharap dapat membantu "Task Force" USM dalam proses untuk mengemaskini dan menambahbaik dokumen kontrak sedia ada sejajar dengan Peraturan CDM 2024.
Kesudian pihak JKR dalam berkongsi kaedah pelaksanaan CDM 2024 dan menerima kunjungan ini amat dihargai dan disusuli dengan ucapan ribuan terima kasih.
- Hits: 169