Program Mentor Mentee di Kampus Induk
Sesi lawatan ke PTJ bagi Program Mentor Mentee di Kampus Induk telah bermula dan akan dijalankan sepanjang Ogos hingga September 2025.
Tujuan lawatan adalah untuk menyemak status pelaksanaan prosedur KKP USM di PTJ dan mengadakan perbincangan bagi membantu PTJ dalam memenuhi keperluan prosedur KKP USM.
Sebanyak 75 PTJ di Kampus Induk terlibat dalam Program Mentor Mentee ini dan diharapkan melalui program ini akan meningkatkan lagi keberkesanan sistem pengurusan KKP di PTJ.
- Hits: 122