Seminar KKP - "Mentransformasi Masa Depan KKP Melalui Kecerdasan Buatan dan Inovasi Digital" Pada 28 Ogos 2025
Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium 1, Kompleks Uereka USM dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelbagai agensi awam dan sektor industri. Program ini telah menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman mengenai peranan kecerdasan buatan (AI) dan inovasi digital dalam meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan di tempat kerja.
Sepanjang seminar, para peserta berpeluang:
Mendapat pendedahan tentang perkembangan teknologi terkini dalam bidang KKP.
Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama pakar industri.
Mengukuhkan jaringan kerjasama bagi memperkasakan budaya kerja selamat dan sihat.
Pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan seminar ini, khususnya para penceramah, peserta serta rakan strategik yang terlibat.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke arah persekitaran kerja yang lebih mampan dan berdaya saing.
#ukkpusm #SeminarKKP #KeselamatanKesihatanPekerjaan #InovasiDigital #AI
- Hits: 102