Program UKKP Go Green and Fit Sempena Bulan Kemerdekaan
Staf UKKP Kampus Induk memeriahkan bulan kemerdekaan dengan Program UKKP Go Green and Fit yang telah dilaksanakan pada 29 Ogos 2025.
Program tersebut dimulakan dengan senaman ringkas dan disusuli dengan aktiviti berjalan di sekitar kampus.
Di samping itu, aktiviti mengutip sampah dan barangan terbuang di sepanjang laluan juga dilaksanakan bagi menyokong kelestarian persekitaran kampus selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari, SDG 3 : Kesihatan dan Kesejahteraan Yang Baik, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab dan SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.
Sempena Hari Kemerdekaan ke-68 yang akan disambut pada 31 Ogos 2025, staf UKKP dengan penuh semangat turut membawa dan mengibarkan bendera Malaysia semasa berjalan mengelilingi kampus.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia!
#KUDAHMERDEKAJBKNRES2025
#sustainabilityusm
#greencampususm
#WeLead
- Hits: 104