USM hari ini mencipta sejarah menjadi IPT yang pertama menyertai dan melengkapkan Pensijilan Responsible Care Management System (RCMS) daripada Chemical Industries Council of Malaysia (CICM).
USM PULAU PINANG, 17 DISEMBER 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mencipta sejarah menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pertama menyertai dan melengkapkan Pensijilan Responsible Care Management System (RCMS) daripada Chemical Industries Council of Malaysia (CICM).
Penyerahan pensijilan RCMS ini diserahkan oleh En. Paul R Ellis selaku Timbalan Pengerusi CICM kepada Yang Berusaha Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia mewakili Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada Ketua PTJ, pihak pengurusan serta staf yang terlibat atas komitmen yang telah diberikan sepanjang menjalani program ini, iaitu Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Kampus Induk dan Kampus Kesihatan; Pusat Pengajian Sains Kimia, Kampus Induk; dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kampus Kejuruteraan.
Melalui program RCMS ini, USM memberi tumpuan dan keutamaan kepada pelaksanaan kod berikut di dalam kampus iaitu Keselamatan dan kesihatan pekerja (EHS); Kesedaran komuniti dan tindak balas kecemasan (CAER); Perlindungan alam sekitar (EP) dan Keselamatan proses (PS).
Tahniah diucapkan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) USM menerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Sekuriti Kimia (JPKSK) dalam menyelaraskan program RCMS ini. Bagi tahun 2026, 4 PTJ lain akan menyambung usaha program RCMS iaitu; Pusat Racun Negara; Pusat Pengajian Teknologi Industri; Institut Perubatan dan Pergigian Termaju dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam.
Yang Berusaha Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar turut berharap dalam tempoh 5-10 tahun lagi, majoriti PTJ di USM dapat melaksanakan RCMS secara menyeluruh, yang turut menyumbang kepada penarafan kelestarian SDG Universiti.
Akhir kata, terima kasih kepada penaja dalam dan luar negara iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan International Council of Chemical Associations (ICCA). Semoga kolaborasi USM dan CICM mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, serta jejak langkah ini dapat dikongsikan dengan pelbagai pihak yang lain.
Teks: Nurul Adilah Mohd Badroldin dan Nur Farah Azurin Abdullah
Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq
Sumber berita lain :
Utusan Malaysia : https://www.utusan.com.my/nasional/2025/12/usm-jadi-ipt-pertama-terima-rcms-daripada-cicm/
USM : https://shorturl.at/XiVsI
- Hits: 75