Perjumpaan Bersama Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) PTJ pada 5 Februari 2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
โ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐ข ๐๐๐โ
UKKP Kampus Induk telah menganjurkan Perjumpaan Bersama Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) PTJ pada 5 Februari 2026 bertempat di Ruang Pameran Perpustakaan Hamzah Sendut 1.
Perjumpaan ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian dan inisiatif pelaksanaan KKP USM sepanjang tahun 2025, serta menjelaskan halatuju dan perancangan strategik KKP bagi tahun 2026. Program ini turut berperanan memperkukuhkan kefahaman, peranan dan tanggungjawab Penyelaras KKP PTJ dalam menyokong agenda KKP universiti.
Selain sesi taklimat, perjumpaan ini menyediakan platform perbincangan bagi perkongsian maklum balas, isu dan cadangan penambahbaikan KKP di peringkat PTJ. Program ini turut melibatkan Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan kepada PTJ Pra Audit serta Penyerahan Manual dan Prosedur KKP USM.
Pihak UKKP merakamkan penghargaan atas komitmen yang diberikan dan berharap kerjasama yang berterusan daripada semua pihak dalam menjayakan agenda KKP universiti.
Terima Kasih
- Hits: 39