Latihan Penilai dan Pelatih Bertauliah RCMS (RCMS Certified Assessor & Trainer)
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Sekuriti Kimia (JPKSK) dengan kerjasama Chemical Industries Council of Malaysia (CICM) telah menganjurkan Latihan Penilai Bertauliah RCMS pada 15 hingga 16 Disember 2025 dan Latihan Pelatih Bertauliah RCMS pada 17 Disember 2025.
Latihan selama tiga hari ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Responsible Care Management System (RCMS), khususnya dalam aspek penilaian dan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan kimia yang lebih sistematik dan berkesan.
Sepanjang latihan berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan konsep asas RCMS, kaedah penilaian serta peranan seorang Penilai RCMS dalam memastikan pengurusan bahan kimia dilaksanakan dengan selamat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Para peserta juga didedahkan dengan pelaksanaan RCMS di sektor industri dengan kerjasama Fatty Chemical Industry (FCM).
Penganjuran latihan ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan serta kompetensi peserta, di samping menyokong usaha universiti dalam memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan, khususnya dalam aspek pengurusan keselamatan dan sekuriti kimia.
- Hits: 65