Sesi Penyerahan Pensijilan Responsible Care Management System (RCMS) daripada Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM)
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada 4 PTJ yang terlibat selaku perintis kepada program RCMS Fasa 1 iaitu P. P. Sains Kimia, P. P. Kejuruteraan Kimia, INFORMM Kampus Induk dan INFOMM Kampus Kesihatan.
Sokongan dan keterlibatan ketua PTJ serta seluruh warga kerja PTJ setelah hampir satu tahun melalui fasa pelaksanaan termasuk proses penilaian oleh pihak CICM, USM berjaya melengkapkan keperluan yang ditetapkan dalam program tersebut dan telah dianugerahkan persijilan oleh CICM secara rasmi pada 17 Disember 2025. Kejayaan ini telah melakarkan sejarah yang bermakna buat USM dengan menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang berjaya melengkapkan persijilan tersebut.
- Hits: 33