Skip to main content

KURSUS TATACARA PENGURUSAN AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

USM, PULAU PINANG – Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) USM telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 3 dan 4 Jun 2026 di Bilik Seminar 2, Sains@USM.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi auditor dalam melaksanakan audit KKP secara menyeluruh pada tahun 2026.

Pada hari pertama, kursus telah disampaikan oleh Dr. Mohd Fa’iz bin Ahmad, Pengarah OSHE UTM dan Dr. Nor Ezzaty binti Ahmad, Timbalan Pengarah (Biokeselamatan & Sinaran) OSHE UTM. Sesi perkongsian memberi fokus kepada struktur kriteria, metodologi audit dan penarafan KKP di PTJ.

Hari kedua pula tertumpu kepada Pelan Perancangan Audit KKP, Garis Panduan Penilaian Audit KKP di PTJ, dan sesi latihan.

Keseluruhannya, kursus ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman dan kemahiran auditor dalam melaksanakan audit KKP secara sistematik, sekali gus menyokong usaha pembudayaan persekitaran kerja yang selamat dan sihat di USM.

 

 

 

 

  • Hits: 67