Mesyuarat Ke-6 Task Force Penilaian dan Penambahbaikan Aspek KKP oleh Syarikat/ Firma Kontraktor Di USM
USM, PULAU PINANG, 10 Jun 2026 – Mesyuarat Ke-6 Task Force Penilaian dan Penambahbaikan Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) oleh syarikat/firma kontraktor yang memberi khidmat kepada Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Aras G, Bangunan Toray.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan usaha penambahbaikan dan pemerkasaan aspek KKP dalam pengurusan kontraktor bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat di kampus USM.
- Hits: 49